Broker Forex Headway Melancarkan Copytrade yang Fleksibel dan Telus

Monday, 06 May 2024 03:00 AM

Topic: 

Product Announcements

Pada bulan April ini, Headway mengumumkan pelancaran perkhidmatan perdagangan salinan yang serba baharu. 

Di tengah-tengah penyelesaian yang serupa, Copytrade Headway menonjol dengan pendekatan yang unik terhadap ketelusan dan kepuasan klien. Broker berusaha untuk mewujudkan persekitaran perdagangan salinan yang akan memperkasakan para pedagang untuk mencapai matlamat kewangan mereka dengan penuh keyakinan, serta perkhidmatan yang dihasilkan melebihi segenap jangkaan. Klien Headway boleh menyertai Copytrade dalam Ruang Peribadi mereka.

Copytrade Headway bersifat fleksibel dan telus

Perdagangan salinan ialah satu bentuk perdagangan sosial yang membolehkan pelabur menyalin perdagangan milik pedagang lain secara automatik. Ciri yang hebat ini membolehkan amatur belajar daripada pedagang yang lebih berpengalaman dan menjana wang semasa berbuat demikian.

Untuk klien yang ingin menyalin strategi pedagang lain, Headway menyediakan persekitaran yang sangat selesa:

  • Penyesuaian: Klien Headway boleh menggunakanmana-mana akaun tanpa mengira jenis, saiz keumpilan, atau tetapan lain yang terdapat pada akaun itu;

  • Kebolehaksesan: Dengan modal permulaan hanya $1 dan nisbah salinan yang boleh disesuaikan, pedagang baharu juga boleh memanfaatkan sepenuhnya ciri baharu ini;

  • Ketelusan: Pelabur boleh melihat sejarah penuh bagi semua transaksi yang dibuat oleh pemilik strategi termasuk senarai instrumen yang didagangkan;

  • Kebebasan memilih: Dengan Headway, klien juga mempunyai pilihan untuk mengawal perdagangan salinan mereka dan membuat keputusan perdagangan peribadi.

"Copytrade bukan sekadar menyalin. Kami tahu bahawa sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada seseorang apabila melibatkan soal wang. Itulah sebabnya klien kami mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan perdagangan mereka sendiri walaupun berbeza daripada keputusan pemilik strategi," jelas Yulia Ivanova, Ketua Pengawai Eksekutif Headway. "Perkara ini juga membantu para pelabur belajar untuk tidak gentar kepada keadaan pasaran, yang seringkali menjadi kunci kejayaan."

Copytrade Headway menawarkan manfaat baharu kepada pemilik strategi

Copytrade Headway mempunyai kelebihan untuk pedagang yang ingin menerbitkan strategi mereka.

  • Promosi: Headway akan mempromosikan strategi perdagangan salinan yang terbaik kepada para pedagang. Malah pengguna yang tidak berdaftar akan dapat melayari statistik Copytrade dan kemudian menyertai strategi yang menguntungkan.

  • Komisen rendah: Headway hanya akan mengambil bayaran tetap 15% daripada caj komisen bulanan daripada pelabur.

  • Keuntungan yang boleh disesuaikan: Pemilik strategi boleh menetapkan komisen tanpa had untuk pelabur (bermula dari $1) dan membuat perubahan pada bila-bila masa. Pelabur akan dimaklumkan mengenai perubahan tersebut dan meneruskan perdagangan dengan komisen asal.

  • Strategi yang diperibadikan: Pedagang tidak terikat pada keumpilan atau pengaturan akaun, jadi mereka boleh menyesuaikan strategi mengikut kehendak mereka.

Melalui peluang sedemikian, pedagang yang lebih berpengalaman boleh meningkatkan pendapatan mereka dengan membantu para pelabur menjadi lebih berjaya.

Sertai Copytrade dengan Headway!

Daftar sekarang untuk menjadi pelabur atau menerbitkan strategi pertama anda di Copytrade Headway.

Perihal Headway

Headway merupakan broker antarabangsa yang pernah memenangi anugerah dengan lebih daripada 470 instrumen popular dan keumpilan tanpa had. Syarat perdagangan disesuaikan mengikut keperluan pedagang: akaun Bebas Swap, instrumen dagangan tempatan, lot mikro dan deposit minimum $1. Untuk mengetahui maklumat lanjut, lawati https://hw.online.

Kenalan

Ivan Moroz, Pengurus Perhubungan Awam

[email protected]

[email protected]